Akur keputusan Pemilihan UMNO, kekal sokong pucuk pimpinan

Akur keputusan Pemilihan UMNO, kekal sokong pucuk pimpinan baharu – Mahdzir

umno
MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Mahdzir Khalid akur dengan keputusan Pemilihan UMNO apabila gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sejak 2018.

Ini setelah beliau hanya memperoleh 42 undi daripada 189 bahagian pada pemilihan kali ini berbanding 125 undi daripada 191 bahagian lima tahun lalu.

Katanya, keputusan ini membuktikan perwakilan mahu barisan kepimpinan baharu bagi menerajui parti untuk tempoh tiga tahun akan datang.

“Saya secara peribadi menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada apabila perwakilan berhasrat untuk memilih kepimpinan baharu di barisan Naib Presiden bagi membantu Presiden dan Timbalan Presiden khususnya dan UMNO secara amnya.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada perwakilan UMNO yang telah mengundi saya pada kali ini”, katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Mahdzir berjanji akan memberikan sokongan kepada pucuk pimpinan baharu selepas berjaya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap yang dimenangi tanpa bertanding.

“Saya menyeru kepada semua saf kepimpinan baharu UMNO termasuk di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta seluruh ahli UMNO kekal bersatu padu di dalam parti keramat ini.

“Saya akan meneruskan khidmat bakti saya kepada parti, ahli-ahli UMNO dan juga rakyat sebagai Ketua UMNO Bahagian Padang Terap dan juga membantu saf kepimpinan di peringkat UMNO Pusat,” katanya.

Mahdzir turut yakin, pucuk pimpinan baharu mampu menawan semula hati rakyat sejajar dengan proses pemilihan parti yang diselesaikan secara penuh demokrasi.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya