PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng tidak berdepan masalah untuk membayar ganti rugi RM2 juta untuk kes saman fitnah apabila berjaya meraih sumbangan sebanyak RM2.25 juta hanya dalam tempoh tiga hari. Minggu lalu pemimpin DAP itu didapati bersalah kerana memfitnah dan mencemarkan nama baik syarikat e-dagang, MonSpace (M) Sdn. Bhd. dan pengasasnya, Datuk Seri Jessy Lai, enam tahun lalu. Susulan itu, beliau melancarkan kempen mengumpul dana untuk membantunya…