Ahli keluarga berkumpul hasilkan nekbat

Ahli keluarga berkumpul gotong royong hasilkan nekbat

SABRI Idris dan anak saudaranya, Nur Shahtini Soffeya Zamri menunjukkan kuih nekbat dihasilkan mereka di Kampung Sena Rendang, Marang, Terengganu. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Lebih 10 ahli sebuah keluarga di Kampung Sena Rendang di sini bergotong-royong menghasilkan lebih 10,000 biji kuih tradisional, nekbat pada setiap hari di bulan Ramadan sejak lebih 40 tahun lalu.

Mereka yang merupakan ge­nerasi keluarga arwah Wan Esah yang terkenal sebagai pengusaha nekbat di daerah ini mula berkumpul dari pukul 7 pagi hingga lewat malam untuk memenuhi permintaan pelanggan termasuk dari luar Terengganu.

Menurut Sabariah Idris, 51, mereka menghasilkan nekbat yang merupakan hidangan sampingan yang popular untuk juadah berbuka puasa pada Ramadan di sebuah bangsa berdekatan rumahnya.

“Saya generasi ketiga ke­luarga yang meneruskan perusahaan turun-temurun. Apabila tiba bulan Ramadan, ahli keluarga daripada generasi keempat dan kelima yang tinggal berdekatan akan berkumpul menghasilkan nekbat sebelum dijual pada harga RM27 bagi 100 biji.

“Proses pembuatan nekbat tidaklah begitu rumit dan bahan utamanya seperti tepung beras serta telur. Cuma bekalan telur sukar diperoleh hingga terpaksa ke Kuala Terengganu untuk dapatkan bekalan,” ujarnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN