ADUN Bukit Payung dikenakan waran tangkap - Utusan Malaysia

ADUN Bukit Payung dikenakan waran tangkap

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (kanan) hadir mengikuti perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang di Mahkamah Pilihan Raya Negeri di Kuala Terengganu. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ah­­­li Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Bukit Payung, Mohd. Nor Hamzah di­kenakan waran tangkap oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini, semalam.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani mengeluarkan perintah itu terhadap Mohd. Nor setelah gagal hadir memberi ketera­ngan bagi perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang.

Mahkamah sebelum itu menerima permohonan peguam pempeti­syen, Muhammad Amin Othman yang memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap Mohd. Nor.

Mahkamah Pilihan Raya negeri dalam prosiding Selasa lalu mengarahkan Mohd. Nor hadir semula ke mahkamah semalam bagi menyambung memberikan keterangannya.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pemba­ngunan Insan, Dakwah dan Penerangan itu gagal menghadirkan diri dengan perbicaraan petisyen pilihan raya Marang akan disambung pada 19 Mac ini.

Pada 12 Februari lalu, bantahan awal Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk memba­talkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang ditolak oleh mahkamah.

Hassan kemudian mene­tapkan 6 sehingga 21 Mac sebagai tarikh perbica­raan penuh bagi perbica­raan petisyen berkenaan.

Badan Perhubungan UMNO Terengganu pada 3 Januari lalu memfa­ilkan petisyen untuk memba­talkan keputusan PRU15 untuk Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difa­ilkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya