9,846 kanak-kanak, bayi antara mangsa banjir lima negeri 

9,846 kanak-kanak, bayi antara mangsa banjir lima negeri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 9,044 kanak-kanak dan 802 bayi antara lebih 35,000 mangsa banjir dilaporkan di lima negeri, setakat pukul pukul 1.30 petang ini. 

Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir itu melibatkan sebanyak 9,952 keluarga yang ditempatkan di 279 pusat pemindahan sementara (PPS). 

Di Johor, seramai 31,898 mangsa membabitkan 8,960 keluarga ditempatkan di 240 PPS yang melibatkan 23,212 mangsa dewasa; 7,964 (kanak-kanak); 722 (bayi); 2,918 (warga emas) dan 243 orang kelainan upaya (OKU). 

Di Pahang, seramai 2,194 mangsa membabitkan 663 keluarga ditempatkan di 24 PPS yang melibatkan 1,438 mangsa dewasa; 699 (kanak-kanak); 57 (bayi); 152 (warga emas) dan 16 mangsa OKU. 

Di Negeri Sembilan, seramai 938 mangsa banjir membabitkan 272 keluarga ditempatkan di sembilan PPS, yang melibatkan 603 mangsa dewasa; 317 (kanak-kanak); 18 (bayi); 84 (warga emas) dan dua mangsa OKU. 

Di Melaka, seramai 158 mangsa membabitkan 40 keluarga ditempatkan di empat PPS, yang melibatkan 105 mangsa dewasa; 48 (kanak-kanak); lima (bayi); 18 (warga emas) dan dua mangsa OKU. 

Sementara itu, Sarawak pula merekodkan seramai 39 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di dua PPS yang melibatkan 23 mangsa dewasa; 16 (kanak-kanak) dan 10 mangsa warga emas. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN