86,000 murid, pelajar di Terengganu terima bantuan baju sekolah - Utusan Malaysia

86,000 murid, pelajar di Terengganu terima bantuan baju sekolah

HANAFIAH MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seramai 86,000 murid dan pelajar di negeri ini menerima bantuan baju sekolah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM9.46 juta pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, bantuan pakaian sekolah itu telah diagihkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) pada awal Februari lalu.

Menurutnya, agihan bantuan tersebut bermula di daerah Marang melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat dan berakhir di daerah Setiu iaitu DUN Permaisuri pada 15 Mac lalu.

“Kaedah pembahagian bermula dengan proses pengumpulan data saiz dan kemas kini data oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKM) dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS).

“Kemudian data tersebut disalurkan kepada YPKT untuk proses penyediaan pakaian itu dan agihan dijalankan bersama PKM serta i-MITS di tempat dan yang telah ditetapkan oleh ADUN masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Zuraida Md. Noor (ADUN Wanita) yang ingin tahu status perkembangan bantuan tersebut memandangkan sesi persekolahan baharu 2023/2024 akan bermula di Terengganu pada Ahad ini.

Menjawab soalan tambahan mengenai permasalahan yang timbul selepas agihan, iaitu saiz yang tidak sesuai pula, Hanafiah berkata, ia akan diuruskan oleh YPKT.

“Proses penukaran saiz ini akan dibuat selama sebulan bermula 14 Mac sehingga 14 April depan  bertempat di PKM/i-MITS masing-masing. 

“Sebarang perubahan tempat penukaran boleh dibincangkan dan ditetapkan kemudian,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya