400 keluarga Tok Lumat kembali bertemu selepas 50 tahun

400 keluarga Tok Lumat kembali bertemu selepas 50 tahun terpisah

SEBAHAGIAN ahli keluarga Tok Lumat berhimpun buat kali pertama di Padang Kala, Peringat, Melor, Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 400 ahli keluarga Allahyarham Lumat Samat atau Tok Lumat yang ‘terpisah’ selama 50 tahun kembali dipertemukan dalam satu majlis yang berlangsung di Padang Kala, Peringat Kota Bharu semalam.

Pertemuan itu dihadiri oleh generasi kedua yang merupakan pewaris kepada keluarga Tok Lumat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ariffin Mat, 66, yang merupakan cicit kepada Tok Lumat berkata, pertemuan itu yang telah dirangka sejak beberapa bulan lalu itu bertujuan menghimpunkan semula ahli keluarga selain mengenali susur galur keturunan.

“Proses mengumpul ahli keluarga ini dimulakan dengan mewujudkan kumpulan WhatsApp. Hasilnya kami berjaya menghimpunkan lebih 700 orang ahli keluarga.

“Paling mengujakan apabila moyang Membunga Yaakob, 98, dapat berjumpa dengan cucunya yang dikenali sebagai Zainab, 60. Menariknya lagi, wajah Zainab persis Tok Lumat,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN