4 lelaki ditahan curi besi guna lori - Utusan Malaysia

4 lelaki ditahan curi besi guna lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan empat lelaki mencuri besi di tapak pembinaan di Jalan Ulu Kelang, Ukay Height menggunakan lori gagal selepas disedari pemiliknya sebelum menghubungi polis kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, lelaki berusia 60 tahun itu terlihat sebuah lori putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan tapak pembinaan rumah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki itu melihat empat individu tidak dikenali sedang mengangkat besi miliknya menggunakan lori.

Menurutnya, lelaki itu kemudian terus menghubungi pihak polis meminta bantuan.

“Bertindak atas maklumat itu, polis terus ke lokasi sebelum melihat empat lelaki sedang giat mengangkut besi itu ke dalam lori dan terus menahan mereka.

“Seorang lagi lelaki ditahan ketika hadir ke Balai Polis Hulu Kelang bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, semakan juga mendapati empat suspek memiliki rekod jenayah lampau manakala seorang lagi tiada.

“Ujian air kencing juga mendapati tiga daripada lima suspek positif dadah.

“Pihak polis turut merampas tiga lori, besi dan beberapa barang yang digunakan oleh suspek untuk melakukan aktiviti jenayah itu,” jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN