242,607 pelajar sekolah rendah, menengah mulakan sesi persekolahan di Terengganu - Utusan Malaysia

242,607 pelajar sekolah rendah, menengah mulakan sesi persekolahan di Terengganu

GELAGAT sebahagian murid yang memulakan sesi persekolahan  di SK Lintang, Jerangau, Dungun, hari ini - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seramai 242,607 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Terengganu memulakan sesi persekolahan di 676 buah sekolah, hari ini. 

Pengarah Pendidikan Terengganu, Abdul Muie Ngah berkata, jumlah itu melibatkan seramai 100,169 pelajar sekolah menengah manakala 135,496 adalah murid sekolah rendah.

Menurutnya, seramai 6,850 merupakan pelajar di sekolah dan tadika swasta, manakala seramai 53 pelajar merupakan pelajar yang ditempatkan di Sekolah Integriti Marang serta 39 murid yang bersekolah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

“Daripada keseluruhan murid yang bersekolah hari ini, seramai 53,858 pelajar adalah pelajar baharu iaitu melibatkan 22,293 murid tahun satu, 21,255 pelajar tingkatan satu dan 10,510 murid pra sekolah,” katanya ketika meninjau sesi awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang, Hulu Dungun, hari ini. 

Dalam pada itu, Abdul Muie memberitahu, pembinaan bangunan baharu bagi menggantikan bangunan daif di SK Lintang dan SK Bukit Kuang, Kemaman akan dimulakan dalam masa terdekat. 

“Kedua-kedua sekolah ini berusia lebih 50 tahun yang mana SK Lintang ketika ini memiliki sebuah blok bangunan kayu yang menempatkan enam bilik darjah manakala SK Bukit Kuang pula akan digantikan blok pra sekolah yang usang. 

“Pembinaan bangunan baharu ini dijangka akan memakan masa kira-kira dua tahun,” katanya. 

Menurutnya, selain dua sekolah tersebut, di Terengganu terdapat lagi sembilan sekolah lain yang mempunyai bangunan daif iaitu SK Jelapang di Setiu; SK Bukit Tadok, Sk Lubok Periuk, SK Cheting di Hulu Terengganu; SK Kijal dan SK RKT Seberang Tayor di Kemaman; SK Merchang di Marang dan SK Kampung Bukit Chendering serta SK Bukit Petiti di Kuala Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya