Youtuber antarabangsa puji nyanyian lagu Tamil Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Youtuber antarabangsa puji nyanyian lagu Tamil Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert AR Rahman Secret Of Success di Stadium Nasional Bukit Jalil akhir bulan lepas, terus diperkatakan apabila muncul sebilangan pempengaruh media sosial antarabangsa tampil memberi reaksi mereka terhadap persembahan tersebut.

Antaranya adalah Youtuber terkenal India, Vaaskar Kalita yang kagum dengan kemerduan penyanyi tersebut membawakan lagu berbahasa Tamil, Munbe Vaa.

“Oh tuhan, kali pertama saya mendengar nyanyiannya…Datuk Siti Nurhaliza. Korus lagu ini dinyanyikan dengan indah sekali.

“Beliau membawakan lagu ini dengan baik sekali,” katanya dalam sebuah video reaksi yang dimuat naik di Youtubenya, Vaaskar Kalita.

Siti mencuri perhatian ramai selepas berjaya membawakan lagu yang dipopularkan penyanyi terkenal India, Shreya Ghoshal dan Naresh Iyer itu dengan baik pada konsert tersebut.

Selain itu, seorang lagi Youtube berasal dari Tamil Nadu India, Vnesh tidak melepaskan peluang memberikan pandangannya terhadap Siti ketika membawakan lagu berkenaan.

“Wah, vokalnya. Dia adalah salah seorang penyanyi terbaik di Malaysia.

“Persembahan ini sangat menakjubkan. Sebutannya sangat baik.

“Sebagai seorang yang bertutur dalam Bahasa Tamil, melihat penyanyi luar membawakan lagu Tamil membuat saya gembira. Dia benar-benar menyanyikan lagu ini dengan baik sekali,” komennya di saluran Youtube V_nesh.

Dalam masa yang sama, Youtube terkenal Filipina, Nephi Acaling turut memberi reaksi terhadap persembahan tersebut di saluran Youtubenya.

“Kita dapat melihat penghargaan dan kecintaan muzik India dalam kalangan orang Malaysia menerusi persembahan ini.

“Tahniah buat Siti kerana berusaha keras untuk mempelajari bahasa asing dalam sebuah lagu. Anda menyanyikannya dengan baik sekali,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya