Wartawan ada hak jaga identiti, keselamatan 'sumber' dalam laporan

PARLIMEN: Wartawan ada hak jaga identiti, keselamatan ‘sumber’ dalam laporan – Fahmi Fadzil 

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Petugas media atau wartawan yang melaporkan sesuatu berita dengan hanya memetik ‘sumber’ mempunyai hak untuk menjaga keselamatan identiti setiap sumbernya daripada diketahui pihak tertentu atau orang awam. 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bagaimanapun berkata, setiap sumber yang tidak didedahkan identitinya itu perlu menyeimbangkan laporan yang memetik sumber bagi mengelakkan berlakunya fitnah atau terdapat maklumat tidak sahih. 

“Kerajaan menyedari media atau wartawan mempunyai hak tertentu dalam menjalankan tugas masing-masing. Kita juga ambil maklum ada kalangan wartawan, mereka ada hak untuk memastikan keselamatan identiti sumber mereka tapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, kerajaan memandang serius etika kewartawanan bagi menangani pemberita yang tidak beretika dan gagal jujur dalam menerbitkan laporan tajuk berita yang bercanggah dengan kandungannya. 

“Wartawan seharusnya berpegang teguh kepada prinsip dan etika kewartawanan dengan hanya melaporkan berita yang tepat lagi sahih selaras peruntukan undang-undang. Sebarang siaran maklumat yang tidak benar perlulah diperbetulkan segera dengan pemakluman kesilapan tersebut,” katanya. 

Sebelum itu, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mencadangkan supaya kerajaan mengekang media daripada menyiarkan laporan yang memetik ‘sumber’ yang tidak didedahkan identitinya. 

Katanya, larangan media untuk memetik sumber tanpa mendedahkan identiti wajar bagi mengelakkan sebarang salah lapor daripada media.

“Perkataan sumber ini adakah akan dipastikan supaya tiada pemberitaan sumber tapi mengikut identiti sebenarnya?

“Kerajaan wajar menyekat penggunaan perkataan ‘sumber’ dengan memberi contoh ada menteri yang menyampaikan maklumat tertentu kepada media namun enggan namanya dipetik.

“Sedangkan maklumat yang diberikan itu memang benar, justeru saya cadangkan supaya nama menteri terbabit dilaporkan terus,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya