Wanita UMNO mahu kebelakang atau kedepan? - Utusan Malaysia

Wanita UMNO mahu kebelakang atau kedepan?

SEBAHAGIAN ahli Wanita UMNO yang melakukan persiapan selepas selesai mendaftar masuk di ruang legar Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung UMNO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua ahli wanita UMNO perlu membuat keputusan yang baik terutama memilih ketua demi gerakan tersebut terus bergerak ke hadapan dalam arena politik negara.

Exco Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari berkata, tidak boleh dinafikan semua kepimpinan wanita ada meninggalkan reputasi dan legasi masing-masing terutama selepas bertahun lamanya menjadi ketua gerakan tersebut.

Namun jelas beliau, semua ahli wanita UMNO perlu bermuhasabah diri dan merenung ke mana pergerakan itu ingin dibawa, adakah terus bergerak ke depan atau kebelakang.

“Jangan ulangi kesilapan lalu di mana anak anak muda melaungkan rindu zaman Tun M (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) dah menang pilihan raya jadi kerajaan 22 bulan ternyata hancur berkecai negara.

“Begitu juga kita dalam wanita. Berfikirlah secara waras jangan ikut hasutan dan adu domba mereka yang mempunyai agenda serta kepentingan peribadi kelak nanti yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Rosni yang juga Pengarah Komunikasi Wanita Barisan Nasional merujuk kepada kenyataan Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah bahawa seramai 147 ketua wanita bahagian parti tersebut menggesa Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui gerakan itu.

Mengulas lanjut, Rosni berkata, melalui penyiasatan dan kajian terhadap kenyataan tersebut beliau mengesahkan bahawa ia tidak benar.

Sebaliknya menurut beliau, rata-rata semua menyatakan kegusaran mengenai keharmonian, kedamaian dan setia kawan dalam parti terutama dalam keadaan UMNO sedang nazak.

“Wanita mahukan kestabilan dalam membina kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada asas perjuangan parti UMNO. Rakyat sudah muak melihat perebutan yang tak sudah-sudah. Tidakkah kita semua terfikir apa yang difikirkan oleh rakyat?

“Saya berada dalam empat orang kepimpinan Wanita UMNO, setiap daripada mereka mempunyai corak kepimpinan yang tersendiri dan berbeza tetapi apa yang pasti dan ternyata adalah, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad diangkat menjadi ketua di masa UMNO sangat lemah.

“Tiada kuasa dan wang ringgit apatah lagi harta, tidak sama kepimpinan terdahulu yang semuanya ada. Jadi adalah tidak adil kepada Noraini jika ada sesiapa nak sama beliau dengan kepimpinan yang terdahulu. Dalam pada sukar pun beliau tetap cuba berikan terbaik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya