Usia 25 tahun bukan terlalu muda - Aiman Tino rancang nikah April - Utusan Malaysia

Usia 25 tahun bukan terlalu muda – Aiman Tino rancang nikah April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Merancang untuk melangsungkan pernikahan April ini, penyanyi, Aiman Tino tidak menganggap usia 25 tahun terlalu muda untuk dia memikul tanggungjawab sebagai suami.

Jelas Aiman, dia sudah bersedia untuk memegang amanah tersebut dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada peminat.

“Mungkin ada yang cakap, awalnya kahwin. Tetapi, bagi saya, 25 adalah usia yang baik. Insya-Allah jika dipermudah, saya akan bernikah April ini dengan gadis pilihan Syarah Haifa, 24.

“Dari segi persediaan, insya-Allah saya tahu tanggungjawab sebagai suami dan bersedia melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercerita tentang gadis pilihannya, Aiman berkata, sikap lemah lembut dan keayuan Syarah antara sebab dia selesa untuk berkawan dan akhirnya membuat keputusan melangkah ke arah lebih serius.

“Kami mengusahakan perniagaan biskut bersama-sama. Kalau hendak cakap tentang tempoh perkenalan, kami mula menjalin hubungan serius sejak hampir setahun lalu.

“Kami merancang untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan. Ramai orang salah faham sebenarnya. Majlis yang berlangsung, baru-baru ini adalah merisik. Kami belum bertunang,” kongsi penyanyi Ku Rela Dibenci itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya