UDA salur RM60,000 bantu 449 pelajar di Sabah

UDA salur RM60,000 bantu 449 pelajar di Sabah

uda
Ewon Benedick (tiga dari kiri) diiringi Nordin Murat (dua dari kiri), Indang Kasi Haji Sibin Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Penampang (tiga dari kanan), Rusli Jaafar Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (kiri), Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak Pemangku Pengerusi Bank Rakyat (kanan) dan Florencia Balagut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tampasak Togudon (dua dari kanan) menyempurnakan penyerahan sumbangan bantuan persiapan persekolahan berupa beg sekolah, bekas bekal makanan, alat tulis dan subsidi pakaian seragam sekolah oleh UDA menerusi Program UDA Cares; Back to School 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: UDA Holdings Berhad (UDA) peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares; Back to School 2023 @ Sabah hari ini dan semalam.

Sebanyak RM60,000 diperuntukkan bagi program yang memanfaatkan 449 pelajar dari 14 buah sekolah di dua kawasan iaitu Penampang dan Kadamaian.

Penerima sumbangan terdiri daripada 149 pelajar dari kawasan Penampang iaitu dari Sekolah Kebangsaan Longkogungon, Sekolah Kebangsaan Terian, Sekolah Kebangsaan Buayan dan Sekolah Kebangsaan Tampasak Togudon.

Manakala 300 pelajar lagi adalah dari 10 buah sekolah di kawasan Kadamaian iaitu Sekolah Kebangsaan Tamu Darat, Sekolah Kebangsaan Sayap, Sekolah Kebangsaan Lasau Tintapon, Sekolah Kebangsaa Dallas, Sekolah Kebangsaan Piasau, Sekolah Kebangsaan Kiau, Sekolah Kebangsaan Melangkap, Sekolah Kebangsaan Gansurai, Sekolah Kebangsaan Kebayau dan Sekolah Kebangsaan Kelawat.

Majlis penyerahan sumbangan di kedua-dua lokasi telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Sekolah Kebangsaan Tampasak Togudon, Penampang (31 Januari 2023) dan Sekolah Kebangsaan Tamu Darat, Kadamaian (1 Februari 2023).

Setiap pelajar menerima sumbangan berupa beg sekolah, bekas bekal makanan, alat tulis dan subsidi pakaian seragam sekolah untuk persiapan bagi sesi persekolahan yang baharu. Sempena program ini, UDA turut menambah baik tandas di Sekolah Kebangsaan Tampasak Todugon serta menyelenggara pentas, papan tulis, lampu dan kipas dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Tamu Darat.

Majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tampasak Togudon, Sabah oleh Nordin Murat kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tampasak Togudon, Florencia Balagut (kanan)  dan disaksikan Ewon Benedick (dua dari kiri) dan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Penampang, Indang Kasi Sibin  (dua dari kanan).

Bagi sumbangan di Kadamaian, UDA bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan menghulurkan sumbangan berupa bekas bekal makanan dan botol air kepada 300 pelajar terbabit di kawasan tersebut.

Majlis penyerahan sumbangan kepada 149 pelajar dari kawasan Penampang telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick  di Sekolah Kebangsaan Tampasak Togudon. 

Sempena program ini, UDA turut menambah baik tandas di sekolah tersebut.

Ewon berkata, Inisiatif UDA itu mencerminkan komitmen Kementerian dan agensi dalam membantu komuniti memerlukan. Usaha seumpama ini juga harus dijadikan contoh serta menggalakkan lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan mahupun syarikat swasta yang lain untuk menyantuni komuniti yang kurang bernasib baik.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Mohd. Salem Kailany pula berkata, Program UDA Cares; Back to School 2023 pada tahun ini memberi pendekatan baharu dengan menyantuni komuniti di Sabah.0 

“Program tahunan ini turut diadakan di Johor, Pulau Pinang dan Kedah. Penganjuran program ini adalah langkah proaktif UDA bagi menyumbang kembali kepada komuniti yang memerlukan di seluruh Malaysia bagi meringankan beban mereka untuk membuat persiapan kembali ke sekolah pada bulan Mac akan datang.

“Usaha ini juga selari dengan penjenamaan baharu UDA iaitu ‘LIFE’ yang menterjemahkan komitmen UDA dalam memberi kehidupan yang lebih baik kepada komuniti seterusnya dalam meniupkan semangat kepada semua pelajar untuk memulakan sesi persekolahan baharu,” kata beliau.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Hartanah dan Teknikal Kumpulan UDA, Datuk Nordin Murat, dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan UDA,  Radziah Mohamed Fadzil,.

Ewon Benedick (dua dari kanan) melawat sekitar Sekolah Kebangsaan Tampasak Togudon sebelum menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan Program UDA Cares; Back to School 2023 kepada 149 pelajar daripada empat buah sekolah di kawasan Penampang, Sabah.

Sementara itu kegembiraan jelas terpancar di wajah Nur Hidayah Borungis,11, apabila dipanggil bagi menerima bantuan kelengkapan sekolah yang disumbangkan oleh UDA Holdings Berhad (UDA).

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Tampasak Tagudon itu berkata, dia rasa amat senang hati dan gembira kerana menerima kelengkapan sekolah untuk memulakan sesi persekolahan baharu pada Mac ini.

Dia juga berjanji untuk memanfaatkan sepenuhnya bantuan ini dengan belajar bersungguh-sungguh agar dapat keputusan yang cemerlang.

“Bantuan sebegini sedikit sebanyak akan meringankan bebanan ibu bapa saya kerana tidak perlu membeli beg dan alat tulis yang baharu,” katanya ketika ditemui semasa  program ‘Back to School 2023 @ Sabah’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Tampasak Togudon hari ini.

Turut berkongsi kegembiraan yang sama ialah Maxcleaver Vilody,9, yang mahu memastikan bantuan yang diterima tidak disia-siakan.

Katanya, bantuan kelengkapan sekolah itu akan mendorong mereka untuk belajar dengan lebih gigih tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Bagi Devainda Dinon,11, dia amat gembira kerana menerima bantuan kelengkapan sekolah sebegitu.

Menurut Devainda, bantuan sebegitu akan membantu meringankan bebanan keluarga murid-murid yang berada dipinggir bandaraya Kota Kinabalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya