Tidak wajar potong peruntukan pembangunan Ahli Parlimen

Tidak wajar potong peruntukan pembangunan Ahli Parlimen

ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Langkah kerajaan mengurangkan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen pada tahun ini akan membantutkan usaha merapatkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, pemotongan peruntukan kepada ahli parlimen bukan satu permulaan yang baik dalam usaha kerajaan perpaduan bertekad merapatkan jurang pembangunan dan ekonomi antara tiga wilayah di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Wirawati Parti Warisan (Warisan) itu berkata, mengambil kira saiz keluasan parlimen yang jauh lebih besar di Sabah dan Sarawak ditambah dengan masalah kedaifan dan kemiskinan rakyatnya, peruntukan sedia ada harus dikekalkan dan ditambah.

“Kedua-dua wilayah ini sudah jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding tanah Semenanjung.

“Jadi mengambil kira faktor-faktor yang disebutkan ini sepatutnya kerajaan mengekalkan peruntukan sedia ada malah sepatutnya ditambah bukannya dipotong atau dikurangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Munirah, peruntukan yang dipertanggungjawabkan kepada ahli Parlimen digunakan bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan dan bukannya untuk tujuan peribadi.

Beliau berkata, berbeza dengan bantuan-bantuan semasa yang disediakan oleh kerajaan, peruntukan ahli Parlimen ini mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan. Itu sebabnya, rakyat lebih cenderung memohon bantuan daripada ahli Parlimen melalui peruntukan khas yang lebih mudah.

“Justeru, saya mohon Perdana Menteri mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat dan mencadangkan agar diadakan perjumpaan dengan semua ahli Parlimen serta agensi yang terlibat di samping, mengutamakan penambahbaikan tadbir urus, tata kelola dan integriti berbanding langkah pemotongan peruntukan,” katanya.

Biarpun beliau menyokong penuh usaha kerajaan mengawal kewangan negara melalui perbelanjaan berhemah namun, bukan melalui pemotongan peruntukan ahli parlimen.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan peruntukan pembangunan kepada ahli Parlimen akan dikurangkan tahun ini sebagai langkah mengawal kewangan negara.

Anwar berkata, peruntukan itu akan diselaraskan dengan pejabat daerah dan pegawai kemajuan negeri dan disalurkan secara berperingkat dan mengikut keperluan.b –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.