Terpaksa tempuh laluan berkerikil, undang bahaya - Utusan Malaysia

Terpaksa tempuh laluan berkerikil, undang bahaya

DUA calon SPM melalui jalan alternatif yang berkerikil dan berbahaya berdekatan laluan utama Jalan Jerantut-Benta yang ditutup di Kampung Jaya Putra, Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damak di sini terpaksa melalui laluan alternatif yang ber­kerikil dan mengundang bahaya ekoran kerosakan jalan utama Jerantut-Benta.

Ia turut membahayakan bagi penunggang motosikal serta dikhuatiri boleh berlaku banjir kilat jika hujan lebat.

Laluan FT64 berdekatan Kampung Jaya Putra itu ditutup sejak 24 Januari lalu akibat mendapan tanah dan belum dibaik pulih sehingga kini.

Seorang pelajar SPM, Mohamad Ramadan, 17, berkata, dia bimbang apabila perlu melalui tanah merah dan batu kerikil yang agak berbahaya kepada pengguna laluan tersebut.

“Mahu tak mahu walaupun sukar dan menempuh bahaya, saya kena melalui jalan alternatif ini kerana tidak ada laluan lain apabila jalan yang rosak akibat mendapan masih belum dibaiki,” katanya di sini semalam.

Mohamad yang tinggal di Kampung Batu Balai berkata, dia akan terus menggunakan laluan alternatif itu sehingga selesai SPM pertengahan Mac ini sambil berharap pihak berwajib memberikan keutamaan membaik pulih kawasan mendapan dan jalan terputus bagi membolehkan orang ramai berurusan ke bandar berdekatan.

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Damak, Zulkifly Mahmud, 56, berkata, sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan itu akan dibaik pulih dan jika mengambil masa lama, ia menim­bulkan kesusahan.

“Kita prihatin dengan 10 pelajar dari kawasan Batu Balai yang menduduki SPM tahun ini cuma menggunakan laluan alternatif yang mengundang bahaya dan licin sekiranya hujan.

Katanya, JPKK berharap pihak berwajib segera membaik pulih laluan terputus itu sebelum persekolahan sesi pertama 2023 bermula penghujung Mac ini.

“JPKK begitu bersimpati serta prihatin dengan seramai 10 orang pelajar dari kawasan Batu Balai yang menduduki SPM tahun ini cuma menggunakan laluan alternatif yang mengundang bahaya dan licin sekiranya hujan.

“Ahli JPKK menyusun tugas memantau keselamatan dan menjaga kebajikan pelajar berkenaan pergi dan balik dalam tempoh peperiksaan ini dengan bantuan pihak berkuasa beruniform yang lain,” katanya.

Zulkifly menambah, JPKK berharap pihak berwajib segera membaik pulih laluan terputus itu sebelum persekolahan sesi pertama 2023 bermula penghujung bulan Mac ini termasuk umat Islam menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri supaya penduduk lebih selesa berbelanja keperluan dapur, menghantar anak ke sekolah dan persiapan perayaan tersebut.

Peniaga buah-buahan, Ahmad Mustapha, 44, juga berpandangan supaya pihak berwajib segera membaikpulih laluan itu bagi memudahkan hasil kampung dipasarkan ke bandar Jerantut dan pekan Benta serta tempat lain.

“Selepas kejadian mendapan dan jalan ini terputus, saya terpaksa menggunakan jalan alternatif bandar Jerantut – Kuala – Tembeling – Kerambit – Lipis dari kampung ini untuk membawa hasil kampung ke Lipis, Raub dan negeri Kelantan.

“Senario ini memanjangkan masa perjalanan termasuk jarak kilometer sedangkan peniaga dan pelanggan luar mahukan hasil buah-buahan dan sayuran sampai lebih cepat dan kualitinya masih segar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya