Dela Rosa rayu sokongan tentera halang tangkapan ICC 

Dela Rosa rayu sokongan tentera halang tangkapan ICC 

RONALD DELA ROSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Bekas ketua perang dadah Rodrigo Duterte menggesa sokongan tentera untuk menghalang usaha kerajaan menangkap dan menghantarnya ke Belanda bagi menghadapi perbicaraan atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.

Senator yang juga bekas ketua polis negara, Ronald Dela Rosa berada di bangunan Senat selama tiga hari selepas kepimpinan badan itu menghentikan usaha kerajaan untuk menyerahkan waran tangkap daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung peranannya dalam perang dadah Duterte.

Dela Rosa, yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Bato’ dituduh melakukan jenayah terhadap kemanusiaan iaitu pembunuhan bersama Duterte dan beberapa individu lain.

“Saya tidak meminta sokongan keganasan. Saya meminta sokongan secara aman,” katanya kepada wartawan.

Beliau turut menyeru rakan seperjuangan serta bekas pelajar di Akademi Tentera Filipina supaya menyuarakan pandangan bahawa kerajaan Presiden, Ferdinand Marcos Jr. tidak sepatutnya menyerahkannya kepada pihak asing.

Di luar bangunan Senat semalam, kira-kira 500 anggota polis rusuhan berdepan dengan sekitar 250 penunjuk perasaan yang menuntut penangkapan dan penyerahan beliau kepada ICC.

Tindakan keras perang dadah itu menyebabkan ribuan kematian, menurut pemantau hak asasi manusia, dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada pengguna dadah dan penjual kecil.

Dela Rosa menjadi ketua polis dari 2016 hingga 2018 semasa dua tahun pertama pentadbiran Duterte.

Duterte yang ditangkap pada Mac tahun lalu dihantar ke Belanda pada hari yang sama dan kini ditahan di The Hague bagi menunggu perbicaraan.

Dela Rosa tidak kelihatan di khalayak sejak November sebelum muncul pada Isnin untuk mengambil bahagian dalam undian yang membantu sekutu Duterte menguasai Senat.

Kepimpinan Senat baharu berkata, mereka hanya akan membenarkan penangkapan Dela Rosa jika diperintahkan oleh mahkamah Filipina.

Jurucakap Presiden berkata, Marcos Jr. tidak akan campur tangan dalam keputusan Senat.

Mahkamah Agung masih belum memutuskan petisyen Dela Rosa untuk menghalang kerajaan Manila melaksanakan waran tangkap ICC.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN