Suami mati dikelar kekasih isteri

Suami mati dikelar kekasih isteri

FORENSIK polis menjalankan siasatan di lokasi mayat warga India dibunuh sebelum ditanam sejak Mei tahun 2022 di Subang Jaya, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang suami mati dikelar dengan pisau dan mayatnya ditanam di lereng bukit di belakang sebuah rumah yang dijadikan pusat penjagaan orang tua di Subang Jaya di sini, sejak Mei tahun lalu. 

Jenayah kejam itu dilakukan seorang lelaki warga India yang merupakan kekasih kepada isteri mangsa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 4.45 petang, kelmarin yang dibuat rakan suspek selepas lelaki tersebut mengaku membunuh mangsa. 

Menurut beliau, selain itu, Suruhanjaya Tinggi India ada membuat laporan mengenai kehilangan mangsa selepas menerima aduan daripada ahli keluarga mangsa di negara asalnya selepas memaklumkan lelaki itu gagal dihubungi sejak Mei, tahun lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian bunuh tersebut berlaku di sebuah rumah banglo  yang dijadikan pusat jagaan orang tua di lokasi kejadian. 

“Pihak polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya bersama pasukan Forensik Kontinjen Selangor telah menemukan bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut tubuh mangsa.

“Motif bunuh mangsa disebabkan suspek mempunyai hubungan sulit dengan isteri mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Wan Azlan, pemeriksaan awal mendapati hubungan mangsa dan suspek adalah rakan sekerja di rumah kebajikan orang tua tersebut. 

Ujarnya, susulan itu, pihak polis telah menahan lima individu termasuk isteri mangsa berusia antara 25 hingga 35 tahun. 

“Kesemua suspek turut bekerja di rumah jagaan orang tua tersebut. 

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ketiga-tiga akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan,” ujarnya. 

Beliau turut meminta pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon iaitu Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya (03-78627100). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya