Sabah kerugian RM20 juta akibat penyambungan elektrik haram

Sabah rugi RM20 juta setahun akibat penyambungan elektrik haram

ADDIE Ahmad (kanan) menunjukkan wayar yang digunakan untuk penyambungan haram di Kampung Numbak, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebanyak 31,000 rumah setinggan di Sabah memperoleh bekalan elektrik secara haram hingga mengakibatkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kerugian sebanyak RM20 juta setiap tahun.

Pengurus Besar Pembahagian SESB, Ir. Addie Ahmad berkata, kerugian yang terlibat membabitkan satu jumlah yang agak besar dan ini sudah pasti mendatangkan kerugian kepada SESB dan juga kerajaan negeri.

Beliau berkata, tidak adil bagi mereka yang membayar bil apabila ada orang yang mendapat bekalan air secara tidak sah melalui penyambungan haram.

Malah, penyambungan haram turut mendatangkan risiko kemalangan maut sekiranya penyambungan wayar elektirk tidak dilakukan dengan betul, terutama wayar yang tidak bersalut.

“Maka, usaha membanteras kegiatan penyambungan haram ini akan membantu menangani kes kehilangan sistem yang sangat tinggi di Sabah terutama di kawasan setinggan.

“Secara keseluruhan sebanyak 193 koloni setinggan dikenalpasti di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya selepas operasi bersepadu penyambungan haram di penempatan setinggan di Kampung Numbak di sini hari ini.

Menurut Addie, 25 peratus gangguan elektrik berpunca daripada kegiatan penyambungan elektrik secara tidak selamat.

Katanya, sejak tahun 2016 sehingga kini terdapat tujuh kes kemalangan maut melibatkan orang awam akibat kegiatan penyambungan haram.

Dalam operasi hari ini, daripada 1,000 rumah setinggan yang berada di penempatan berkenaan, kurang daripada 10 rumah sahaja yang mempunyai meter SESB, selebihnya mendapatkan bekalan elektrik melalui penyambungan haram.

Addie berkata, pihaknya menjalankan operasi di penempatan itu hampir setiap tahun dan setiap kali operasi, memang didapati berlaku penyambungan haram.

Walau bagaimanapun, bekalan elektrik tidak dapat disalurkan kerana status tanah bukan kawasan diwartakan malah, struktur rumah juga terlalu rapat tanpa sistem pendawaian yang baik.

Mengulas lanjut katanya, bagi mengawal kegiatan penyambungan elektrik secara haram, SESB melaksanakan 40 operasi bersepadu setiap tahun di seluruh Sabah dan di bandar raya ini sahaja, empat operasi akan dijalankan pada tahun ini.

“Operasi ini perlu dilaksanakan dengan lebih kerap bukan sahaja untuk memastikan SESB tidak mengalami kerugian tetapi memastikan faktor keselamatan dititik beratkan kerana penyambungan secara tidak sah ini melibatkan pendawaian yang tidak mengikut piawaian pihak kawal selia serta struktur dan susun atur rumah yang tidak selamat,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya