RM312.5 juta akaun dibeku ‘cuci’ duit haram

RM312.5 juta akaun dibeku ‘cuci’ duit haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah RM312.5 juta nilai akaun bank dibekukan milik individu dan syarikat ke­rana disyaki menyalahgunakan perniagaan untuk menjalankan aktiviti haram serta pengubahan wang haram.

Pembekuan akaun itu termasuk milik rakan kongsi perniagaan, keluarga dan syarikat subsidiari yang digunakan bagi mengaburi pihak berkuasa konon­nya ‘menyucikan’ duit yang diperoleh akibat pe­langgaran undang-undang di ba­wah akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN).

Mendedahkan kepada Ming­guan Malaysia, Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, keuntu­ngan atau jualan daripada barangan atau perniagaan perolehan haram itu kemudian di­masukkan ke dalam akaun perniagaan atau individu.

Ini termasuk dengan cara membeli aset atau membuat pelaburan, membayar pinjaman, insurans dan lain-lain cara untuk menutup aliran tunai kegiatan haram itu.

“Terdapat juga cara pindahan keuntungan atau jualan daripada barangan atau perniagaan (perolehan haram) itu tidak di­bayar secara terus sebalik­nya dibayar secara pertukaran wang asing dan lain-lain cara yang mana melibatkan rentas sempadan,” katanya di sini semalam.

Menurut Azman, nilai pembekuan akaun itu meliputi 56 kes sejak 2016 hingga akhir tahun lalu melibatkan Akta Kawalan Bekalan 1961 sebanyak 33 kes, Akta Perihal Dagangan 2011 (15 kes), Akta

Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 (lima kes) dan dua kes di bawah Akta Cap Dagangan 2019, selain satu kes Akta Cakera Optik 2000.

Beliau berkata, pihakya telah menyita keseluruhan akaun dan harta alih lain berjumlah RM211.1 juta dan melucuthak akaun dan harta RM58.02 juta.

Azman berkata, RM70.72 juta berjaya dipulihkan untuk dijadikan hasil kepada Kerajaan Malaysia melibatkan kes denda di mahkamah dan kompaun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×