Rizky Billar teruja video sohor kini, peminat masih bagi sokongan

Rizky Billar teruja video sohor kini, peminat masih bagi sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekian lama berdepan kecaman netizen, pelakon, Rizky Billar akhirnya mampu menarik nafas lega apabila video baharu berdurasi 10 minit yang dimuat naik di media sosial menuai respons positif ramai.

Video berjudul Untuk Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang dimuat naik di akaun YouTube, Leslar Entertainment berjaya menduduki carta teratas sohor kini.

“Alhamdulillah, sebuah kandungan yang menandakan kepulangan kami menjadi sohor kini nombor satu di YouTube,” katanya lapor Suara.com.

Suami kepada penyanyi dangdut, Lesti Kejora itu membuat keputusan kembali aktif di media sosial selepas mendiamkan diri seketika gara-gara terpalit kes keganasan rumah tangga.

“Selepas lebih lima bulan mendiamkan diri, saya dan isteri memutuskan untuk kembali aktif dan memang sengaja memilih muat naik kandungan pada Jumaat.

“Tanggal 24 Februari adalah hari yang bersejarah buat kami. Ternyata, angka 24 memberikan magis buat kami kerana ini kali pertama kandungan yang disiarkan sohor kini,” katanya.

Rizky turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dirinya dan keluarga selama ini.

“Tanpa dokongan kalian, kami tidak akan berada di titik ini. Terima kasih kepada #Leslar Lovers yang selalu setia kerana sokongan dan doa kalian sangat bererti bagi kami,” jelasnya.

Tahun lalu, pergolakan hubungan pasangan itu meraih tumpuan ramai selepas Lesti mendakwa, dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Antara bentuk keganasan yang dilakukan Rizky adalah seperti membaling bola snuker, memukul, menolak dan mencekik isterinya sehingga jatuh ke lantai.

Konflik pasangan itu akhirnya terlerai selepas mereka berdua sepakat memilih jalan damai untuk menyelesaikan masalah yang melanda, selain Lesti menarik balik laporan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN