Rashidi Ishak tamatkan zaman duda dengan pengarah Kampung People - Utusan Malaysia

Rashidi Ishak tamatkan zaman duda dengan pengarah Kampung People

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Rashidi Ishak, 49, menamatkan zaman duda apabila selamat bernikah dengan pengarah drama Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin, hari ini.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan menerusi perkongsian di laman Instagram anak Rashidi, Maryam Rashika dan Mikhail Imran.

Menerusi foto yang dikongsi, pasangan tersebut mengenakan baju sedondon berwarna putih sedang duduk di atas pelamin.

“Ayah memakai kasut Nike pada majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Dr. Martens pada majlis kahwin ayahnya,” tulis Maryam.

Foto mereka turut dikongsi pengguna media sosial bernama Saiful Zahairie Zainuddin di Facebook bersama catatan yang mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Rashidi sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000, namun bercerai pada 9 Ogos 2018.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail dan Maryam Rashika.

Selain Kampung People, Wan Hasliza turut mengarahkan drama bersiri, Tetuan Ang & Rahimin, I-Tanggang: Mother Of All Lies dan filem Love, Supermoon.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.