Rakyat perlu tingkatkan perubahan minda - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Rakyat perlu tingkatkan perubahan minda – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan bagi menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs kepada salah seorang penerima yang layak di Masjid Al-Hasyimi Kampung Long Boh, Arau, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seluruh rakyat diseru agar dapat berusaha bagi meningkatkan perubahan minda masing-masing demi melahirkan masyarakat madani.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perubahan itu juga adalah selaras dengan slogan yang dibawa oleh kerajaan Persekutuan pada ketika ini.

“Bagi merealisasikan impian ke arah mencapai masyarakat bertamadun tinggi, perubahan hendaklah bermula daripada segenap minda yang mampu membawa kepada segala aspek perubahan tindakan dalam kehidupan,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Ketiga Tahun 2023 di Masjid Al-Hasyimi Kampung Long Boh, di sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Ameer Ikhwan Zaini.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin turut menerima sembah mengadap perpisahan Ameer Ikhwan yang akan memulakan tugas sebagai Pegawai Atache di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mesir tidak lama lagi.

Bersempena program itu, Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs kepada 20 asnaf kariah masjid berkenaan.

Malah, baginda turut berkenan menziarahi seorang warga emas, Halijah Che Long, 90, di kediamannya di Simpang Empat, di sini.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Cement Industries of Malaysia (CIMA) Berhad yang diwakili Pengerusinya, Datuk Zaiviji Ismail bersama Pengarah Urusannya, Sharuddin Omar Hashim. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya