Rafidah bangga empayar Sellection diperluas - Utusan Malaysia

Rafidah bangga empayar Sellection diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bermula sebagai pembeli belah peribadi atau personal shopper, pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin kini mampu tersenyum bangga dengan empayar perniagaan jenama itu yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Malah, seiring dengan permintaan ramai, Rafidah kemudiannya mengorak langkah dengan menaik taraf keluasan butik fizikalnya kepada tiga kali ganda lebih besar daripada premis terdahulu yang bertempat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Jelas Rafidah, usaha menaik taraf butik itu itu juga menjadi bukti kesungguhannya untuk bergelar seorang usahawan sejak berkecimpung dalam dunia perniagaan, 10 tahun yang lalu.

“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes.

“Dari cuma bergelar personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini, saya anggap ia sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana.

“Walaupun bermula secara kecil-kecilan, saya yakin, sesiapa sahaja boleh berjaya dan maju jika ada kemahuan,”katanya.

Selain itu, Rafidah juga bersyukur dan terharu kerana jenama ini mula dikenali ramai.

“Memang tak mudah untuk melebarkan pengaruh dan ia tidak akan berlaku dalam masa singkat.

“Ia sebuah perjalanan panjang yang menuntut kesungguhan, minat, keazaman dan komitmen tinggi diiringi dengan sepenuh jiwa. Cabaran datang tetap dilalui, namun lebih terkawal,” katanya.

Selain itu, Rafidah menambah, antara misinya menerusi jenama yang diasaskan adalah untuk membolehkan semua golongan wanita dan lelaki tanpa mengira status mampu memiliki barangan berjenama yang popular dari Amerika Syarikat.

“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu terutama VIP. Tapi kini, semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.

“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan.

“Melalui siaran lintas langsung di media sosial Facebook Page kami, Branded Handbags by Rafidah, banyak rebiu, tips fesyen dan pengayaan kami kongsikan buat pelanggan. Ia bukan sekadar menjual, tetapi berkongsi ilmu dalam pemilihan tas tangan yang tepat dan ideal,”katanya.

Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu turut berbangga kerana sejak tahun lalu jenamanya sudah memiliki aplikasi mobil sendiri iaitu Sellection.

“Biarpun sedar 80 peratus jualan diraih dalam talian www.sellection.com, kami cuba imbanginya dengan butik fizikal. Ada orang nak juga rasa barangan depan mata dan merasai memakai. Nak ‘walk-in’ ke butik amat dialu-alukan.

“Malah kehadiran aplikasi mobil, Sellection dilihat sebagai menyokong kecenderungan ramai membeli dalam talian.

“Komunikasi dan perkhidmatan hubungan pelanggan menjadi teras dan kunci ‘kekuatan’ kami.
Hingga kini di laman sesawang saja kami mendapat sebanyak 4594 ulasan positif, selain di Google Review pula sebanyak 453 ulasan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.