Pulau Pinang tidak amal lantikan ahli keluarga sendiri - Utusan Malaysia

Pulau Pinang tidak amal lantikan ahli keluarga sendiri

CHOW Kon Yeow (tengah) pada majlis penyerahan replika cek kepada SMJK, sekolah mubaligh dan sekolah menengah persendirian Cina di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengamalkan lantikan ahli keluarga sendiri dalam pentadbiran kerajaan negeri itu sejak 2008.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir Pulau Pinang, Exco-exco kerajaan negeri Pulau Pinang telah diingatkan tidak melantik ahli keluarga masing-masing dalam mana-mana jawatan melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

”Tidak ada lantikan ahli keluarga sejak 2008. Sejak dahulu Exco tidak boleh melantik ahli keluarga sendiri dalam pentadbiran negeri.

”Mengenai lantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri, itu kena tanya beliau,” katanya selepas majlis penyerahan replika cek kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), sekolah mubaligh dan sekolah menengah persendirian Cina di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR, dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian menjelaskan, Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun dan beliau sendiri mempelawa anaknya yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata,
pelantikan ahli keluarga sendiri dalam pentabiran perlu dielakkan sekiranya boleh menimbulkan konflik kepentingan.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai gesaan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat PH atas dakwaan berbelanja mewah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Kon Yeow berkata, calon-calon PH telah mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, ini kerana setiap calon PH diwajibkan membuat penyata perbelanjaan bagi kawasan yang ditandingi.

”Penyata ini perlu diserahkan kepada SPR dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan PRU-15 digazetkan, dan bagi calon PH Pulau Pinang kita telah serahkan penyata ini,” katanya.

Tambah beliau, rakyat sendiri boleh menilai parti mana yang berbelanja besar pada PRU-15 dengan melihat jumlah penggunaan bendera, papan iklan (billboard) dan sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.