PTPTN: KPT patut ada pelan jangka pendek, panjang

PTPTN: KPT patut ada pelan jangka pendek, panjang

AMIR HADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sepatutnya sudah mempunyai pelan jangka pendek mahupun panjang berhubung isu berkaitan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Hadi berkata, meskipun kenyataan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kononnya Pakatan Harapan (PH) berjanji menghapuskan PTPTN itu tidak tepat dan mengelirukan kerana yang ada ialah pengampunan secara bersasar. 

Namun, katanya, jawapan kerajaan yang belum mempunyai perancangan itu sememangnya tidak patut. 

“KPT sepatutnya sudah ada pelan jangka pendek atau panjang kerana graduan memang terbeban dengan hutang pendidikan dalam keadaan kos sara hidup yang makin tinggi. 

“Perjuangan pendidikan percuma bukan bermula semalam. Ia telah berlangsung lama. Usaha perlu dilakukan agar ia dapat dicapai. 

“Mulakan dengan pelan hapus hutang B40 dan sedia biasiswa B40 seperti dalam manifesto PH,” katanya menerusi hantaran di Twitter, malam tadi. 

Jelas Amir, walaupun kerajaan hari ini bukan kerajaan PH, tetapi PH mempunyai peranan yang besar. 

Justeru, katanya, apabila ia sudah dimasukkan dalam manifesto, maka ia bermaksud kajian sudah dilaksana.

“Kongsikan bersama KPT supaya boleh dicapai.

“MUDA percaya pada ‘peluang saksama’ dimana semua tidak kira latar belakang, sama ada kaya atau miskin, berpeluang mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti, dan percuma. 

“Pendidikan milik semua dan pendidikan adalah alat perubahan bangsa,” katanya. 

Dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, kerajaan belum mempunyai perancangan untuk memansuhkan pinjaman hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40.

Katanya, ini kerana jumlah tersebut melibatkan pelupusan hutang yang besar dan ia tidak boleh dilaksanakan buat masa ini.

“Untuk makluman, berdasarkan unjuran atau anggaran awal PTPTN, cadangan pemansuhan pinjaman PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah akan melibatkan 1.84 juta peminjam dan pelupusan hutang sebanyak RM 42.34 billion,” katanya. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal (Bersatu-Machang) yang bertanya kementerian bilakah program pemansuhan hutang PTPTN mula diperkenalkan dan berapa jumlah penerima manfaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya