Polis masih tunggu arahan DPP bagi kes siasatan Hadi Awang 

Polis masih tunggu arahan DPP bagi kes siasatan Hadi Awang 

AZMI ABU KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan membabitkan kes Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan masih menunggu tindakan arahan lanjut Timbalan Pendakwa Raya (DPP). 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, ini kerana siasatan dilakukan pihaknya mengenainya sudah dilengkapkan dan kertas siasatan kes juga sudah dimajukan untuk perhatian pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Kertas siasatan sudah dikemukakan ke pejabat TPR tahun lalu dan kita masih menunggu arahan lanjut,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Pada 5 Disember lalu, Abdul Hadi tiba hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Abdul Hadi sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang Pas daripada berkuasa, selain turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu ‘tidak bermoral’.

Beliau menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil ‘tiba-tiba memberi masa tambahan’ bagi memberi peluang kepada pasukan kalah’ untuk menang dengan apa cara sekali pun’.

Komen beliau yang dipetik daripada kolum ditulis dalam portal berita Pas, Harakahdaily, ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN