Wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman di tepi jalan - Utusan Malaysia

Wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman di tepi jalan

ANGGOTA Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat di Kampung Kubang Getah, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penduduk di Kampung Kubang Getah, Kereteh di sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan, malam tadi.

Wanita berusia lingkungan 20-an itu ditemukan orang awam yang melalui kawasan berkenaan untuk pulang ke rumah kira-kira pukul 12.30 malam.

Saksi yang enggan dikenali berkata, dia pada mulanya mengesyaki wanita itu terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, selepas melakukan pemeriksaan di kawasan kejadian, dia tidak menjumpai motosikal atau kereta di sekitar kawasan itu.

“Terkejut melihat mangsa berlumuran di anggota badan, saya menghubungi polis memaklumkan perkara tersebut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN