KUALA LUMPUR: Isu Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan tidak menjadi masalah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tegasnya, perkara itu akan menjadi masalah sekiranya seseorang pemimpin itu menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri. “Soalnya sama ada kedudukan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu menjadi masalah, dalam sejarah kita sama ada digabungkan atau tidak, itu bukan masalah, yang masalahnya adalah guna kedudukan rompak harta rakyat dan ini terpakai di banyak…










