Usahawan wajar ketengah konsep kepelbagaian perniagaan

Usahawan wajar ketengah konsep kepelbagaian perniagaan

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif WNB Group, Mohd Firdaus Jamaluddin (dua dari kanan), pada Majlis Perasmian Bayu Seafood by White n Black, di Taman Botani Perdana, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penglibatan anak muda dalam perniagaan yang mengetengahkan kepelbagaian konsep perlu dilihat sebagai pencetus motivasi kepada usahawan lain dalam meningkatkan aktiviti ekonomi setempat terutama berkaitan peluang pekerjaan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara tersebut dalam masa yang sama membantu perniagaan berkembang dan menjadi tarikan sama ada bagi penduduk setempat dan juga pelancong asing.

Beliau menjadikan contoh pemilik restoran Bayu Seafood berkata, kepelbagaian konsep perlu dilihat sebagai peluang untuk lebih maju dalam perniagaan pada masa akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini pembukaan keempat restoran pemiliknya yang merupakan orang muda. Mereka memahami konsep kepelbagaian sebagai peluang. Saya sendiri pernah pegang 440 cawangan KFC sebelum ini

” Justeru, saya sebagai menteri yang terlibat dalam pelaburan melihat kejayaan mereka yang tidak pernah berputusan asa, mengetengahkan pelbagai konsep dan bermula dari bawah sebagai motivasi. Mereka belajar bagaimana hendak mendapatkan bekalan, menguruskan pekerja, menjaga pelanggan dan memastikan kualiti makanan sentiasa baik serta konsisten. Jadi ia perlu dijadikan sebagai suntikan semangat untuk orang lain berjaya, ” katanya ditemui pemberita dalam Majlis Perasmian Bayu Seafood di sini, hari ini.

Johari berkata, usaha berkenaan turut mencerminkan inovasi dalam industri makanan dan minuman, khususnya apabila golongan muda diberikan peluang mengusahakan premis di kawasan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sebelum ini terbiar.

Mengulas perkembangan industri makanan dan minuman tahun ini, beliau berkata, sektor makanan memainkan peranan penting dalam menyokong industri pelancongan negara kerana makanan antara tarikan yang dicari pelancong ketika berkunjung ke Malaysia.

“Apabila pelancong datang ke Malaysia, selain memerlukan pengangkutan dan penginapan, mereka juga perlu makan. Malah, pelancong yang menginap di hotel lazimnya turut keluar mencari tempat makan.

“Jadi, industri makanan kita sangat penting dalam menyokong sektor pelancongan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini