Perkeso bayar RM170,223 kepada Azri

Perkeso bayar RM170,223 kepada Azri

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjelaskan, bekas pekerja kilang, Mohd. Azri Ibrahim, 42, yang berhenti kerja lebih dua tahun lalu kerana mengalami pelbagai penyakit disahkan tidak ilat oleh pakar perubatan dilantik Kementerian Kesihatan.

Mohd. Azri sebelum ini mendakwa, permohonan memperoleh pencen ilatnya telah ditolak sebanyak enam kali dengan alasan faktor usia masih muda.

Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporatnya, Izad Raya berkata, Perkeso memaklumkan, Mohd. Azri pada November 2021 membuat permohonan pencen ilat bagi kecederaan sakit belakang yang sama, namun sebulan kemudian JD mengesahkan beliau tidak ilat.

“Dia kemudiannya membuat permohonan rayuan bagi pencen ilat pada Disember 2021 dan penilaian JDR juga mendapati beliau tidak mengalami ilat. Pada Oktober 2022, dia sekali lagi mengemukakan permohonan pencen ilat baharu buat kali kedua bagi kecederaan sakit belakang L4/L5, L5S1 Lumbar Disc with Radiculopathy dan penyakit Diabetes Mellitus serta Hyperthyroid.

“JD pada Disember 2022 mengesahkannya tidak ilat. Mohd. Azri kemudian mengemukakan rayuan bagi permohonan pencen ilat kedua tersebut pada November 2022 dan penilaian JDR mendapati me­nunjukkannya tidak ilat,” katanya.

Bagaimanapun secara ke­seluruhannya, Perkeso membayar faedah berbentuk kewangan sebanyak RM170,223.84 kepada Mohd Azri bagi faedah Hilang Upaya Sementara dan Hilang Upaya Kekal.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Mohd. Azri buntu memikirkan nasibnya bersama isteri dan enam lagi anak selepa berhenti kerja kerana menghidapi penyakit kencing manis, cakera teranjak (slipped disc) dan tiroid selain turut menghidap sakit jantung serta darah tinggi.

KERATAN laporan Utusan Malaysia.

Dalam stu lagi kes berasingan, Perkeso menjelaskan mereka bergantung kepada pertimba­ngan dibuat Jemaah Doktor dan Jemaah Doktor Rayuan (JDR) dalam menentukan seseorang pencarum layak mendapat pencen ilat atau sebaliknya.

Izad berkata, JD dan JDR adalah panel bebas yang terdiri dari­pada pakar-pakar perubatan dilantik Kementerian Kesihatan.

“Perkeso ingin menegaskan keputusan terhadap permohonan pencen ilat adalah seperti yang ditetapkan dalam Akta Kese­lamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Kese­lamatan Sosial Pekerja 1971,” katanya semalam.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media mengenai seorang pencarum Perkeso, Mat Izam Mohd. Kalam yang kecewa permohonan pencen ilatnya ditolak oleh pertubuhan itu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang warga emas yang lumpuh hampir separuh badan bukan sahaja diuji dengan masalah angin ahmar malah berdepan ujian berganda apabila isterinya hilang ingatan selepas berlaku pendarahan otak sejak empat tahun lalu.

Susulan itu, Izad memaklumkan, wakil Perkeso Negeri Sembilan sudah mengunjungi Mat Izam di rumahnya untuk menzia­rahi dan memberi pene­rangan keputusan JDR.

“Mat Izam membuat permohonan untuk pencen ilat pada Oktober 2020 dan pada bulan Mei tahun berikutnya, JD di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban mengesahkan keadaan kesihatannya ketika itu tidak ilat, seterusnya tidak melayakkan beliau menerima Pencen Ilat Perkeso.

“Mat Izam seterusnya membuat rayuan pada Ogos 2021 dan permohonan rayuan beliau tidak diluluskan oleh JDR yang bersidang sebanyak dua kali kerana didapati tidak menghidap keilatan,” katanya.

Tambahnya, selepas pene­rangan lanjut dibuat kepada Mat Izam, Perkeso mengambil pendekatan dengan membantu melalui bantuan lain seperti Program Sinergi Sosial di bawah pengendalian Perkeso dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

“Perkeso juga membekalkannya dengan Kotak Prihatin yang mengandungi bahan keperluan dapur seperti teh, milo, susu dan barang kering yang lain.

“Perkeso juga sedang me­nguruskan khidmat pakar terapi fisio baginya dan isteri. Pihak kami juga membantu Mat Izam membuat permohonan bagi pencen ilat dan akan terus memantau keadaan selain menawarkan bantuan khidmat sewajarnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya