Pengeluaran KWSP perlu syarat ketat, selektif - Dzulkefly - Utusan Malaysia

Pengeluaran KWSP perlu syarat ketat, selektif – Dzulkefly

KWSP selektif
DR. Dzulkefly Ahmad (tengah) bersama tetamu dan orang ramai yang menghadiri Program Hijau Lestari 2023di Bandar Hillpark, Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan masih wajar mempertimbangkan pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi syarat ketat dan secara selektif bagi pencarum berkelayakan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dalam keadaan biasa sememangnya tiada kewajaran bagi mengizinkan simpanan hari tua itu ‘dikorbankan’.

Namun, kata bekas Menteri Kesihatan itu, kerajaan perlu menilai kes ‘darurat’ atau kecemasan dengan mengenakan syarat ketat kepada pencarum yang memohon pengeluaran berkenaan.

“Bagi pengeluaran yang memenuhi syarat itu, tidak timbul lagi isu ketiadaan duit dalam akaun KWSP kerana had simpanan melayakkan pengeluaran dipenuhi.

“Ia turut mengambil kira faktor bahawa ahli akan mencarum lagi jika mereka terus bekerja dan bakal kembali bekerja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Hijau Lestari 2023 di Bandar Hillpark Puncak Alam, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2023 mengumumkan kerajaan bersetuju menambah caruman RM500 kepada ahli KWSP berusia 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 di dalam Akaun 1.

Program itu akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.

Bermula tahun depan, aset simpanan syariah turut akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah.

Jelas Dzulkefly, beliau menyokong syarat ketat secara amat selektif bagi golongan pencarum yang layak bukan sahaja bagi golongan B40, malahan juga kepada M40.

“Saya menerima banyak aduan mengenai pengeluaran bersasar itu dan simpati dengan kedudukan ‘tenat’ kewangan mereka.

“Inisiatif menambah caruman RM500 oleh kerajaan sememangnya baik namun krisis kewangan golongan memerlukan juga perlu diutamakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya