Pemandu maut treler terbabas - Utusan Malaysia

Pemandu maut treler terbabas

ANGGOTA bomba mengeluarkan pemandu treler yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 371.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Tanjung Malim semalam. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki maut selepas treler dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 371.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 10.30 malam itu mengorbankan Mohd. Nor Afzam Mukhtar, 36, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 11 malam membabitkan sebuah treler yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kajang.

Katanya, siasatan awal mendapati, nahas berlaku selepas treler dipandu mangsa dibrek secara mengejut kerana terdapat sebuah kenderaan di hadapannya.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan berat berkenaan hilang kawalan lalu terbabas melanggar dan terseret di besi pembahagi tengah jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan tugas-tugas menyelamat.

Katanya, setibanya di lokasi, anggota segera membantu membawa keluar mangsa yang tersepit dalam treler muatan minyak hitam dan diesel itu.

“Dua buah kren digunakan bagi mengalihkan bahagian kepala dan badan treler. Mangsa yang cedera parah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 2.10 pagi ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya