Pelancong diperdaya bayar RM206 untuk dua kon ais krim - Utusan Malaysia

Pelancong diperdaya bayar RM206 untuk dua kon ais krim

DUA pelancong memegang ais krim di Rom. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Sepasang pelancong dari Amerika Syarikat (AS) mendakwa menjadi mangsa ‘jerat pelancong’ selepas diperdaya membayar harga  €44 (RM206) bagi pembelian dua kon aiskrim ketika bercuti di sini.

Kejadian berlaku ketika Nicole Ann bersama pasangannya bersiar-siar di kawasan tumpuan ramai, Piazza Navona yang terletak di ibu kota Itali itu. Mereka kemudian menerima bil harga yang mengejutkan itu baru-baru ini.

Pasangan itu singgah di sebuah kedai ais krim gelato terkenal, Don Nino. Mereka memesan dua kon ais krim yang mana setiap satunya se­patutnya mengan­dungi dua skop pada harga asal €12 euro (RM56.21).

Bagaimanapun, taktik licik premis itu bermula apabila mereka dihidangkan dengan ais krim saiz lebih besar mengandungi tiga skop.

Pengiraan caj tersembunyi kemudian dilakukan melibatkan harga €4 (RM18.73) bagi setiap skop tambahan.

Lebih parah, premis terbabit turut menambah krim putar dengan caj tambahan €2 (RM9.36), biskut makaron kecil pada harga €3 (RM14.05) dan manisan cannolo kecil bernilai €5 (RM23.42) bagi setiap kon.

Taktik tokok tambah itu menyebabkan harga bagi setiap kon ais krim melonjak kepada €22 (RM103). Meskipun berasa ralat, pasangan pelancong tersebut akhir­nya akur dan terpaksa menjelaskan keseluruhan bil berjumlah €44 (RM206.11). 

Menerusi perkongsian di sebuah kumpulan Facebook untuk pelancong bercuti di Itali, wanita yang berasal dari Florida itu meluahkan rasa berang dan menyifatkan pencuci mulut yang dibelinya itu sebagai aiskrim paling teruk yang pernah dimakannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN