Pemain negara buka gelanggang dengan cemerlang - Utusan Malaysia

Pemain negara buka gelanggang dengan cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain negara, Izzat Shameer Dzulkeple membuka gelanggang sesi kedua dengan cemerlang apabila menumpaskan pemain Hong Kong, Cheung Chi Hing dalam acara perseorangan lelaki (MSIN) Kejohanan Boling Padang Asia kali Ke-14 2023 di Arena Lawn Bowls Perak di sini hari ini.

Izzat Shameer menumpaskan Chi Hing 21-15 untuk bangkit daripada kekecewaan selepas gagal meraih emas dalam acara berpasangan (mpai) semalam.

Begitupun pemain itu sedar perjalanannya masih jauh kerana masih mempunyai banyak perlawanan.

Turut mencapai kejayaan ialah pemain Singapura, Anthony Loh kin Sin yang menundukkan pemain Filipina, Rodel Labayo 17-16.

Kuartet lelaki fours (mfou) Malaysia juga bermula cemerlang apabila mudah melepasi Singapura .

Muhammad Hizlee Abdul Rais, Amirul Daniel Abdul Rahim, Muhammad Haiqal Azami dan Mohammad Soufi Rusli bergandingan baik untuk merakam kemenangan 16-8.

Malaysia juga memulakan acara wanita berpasangan (wpai) dengan kejayaan apabila pasangan Siti Zalina Ahmad dan Nur Ain Nabilah Tarmizi membenam pasangan Hong Kong 15-10.

Manakala Nurul Alyani Jamil, Syafiqa Haidar Afif dan Azlina Arshad mengatasi trio Singapura 28-9.

Bagaimanapun, Malaysia kecundang dalam acara beregu campuran (MxPAI) B-25 tahun apabila kedua-dua kuartet A dan B tumbang kepada Hong Kong.

Kuartet A tumpas 17-25 manakala Malaysia B 14-17 masing-masing kalah kepada Hong Kong A dan B. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya