PETALING JAYA: Gandingan Aleena Ahmad Nawawi-Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman terlepas peluang menghadiahkan pingat emas selepas tewas tipis kepada pasangan England pada final acara pairs Wanita boling padang pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Scottish Event Campus (SEC), Scotland, sebentar tadi.
Pasangan negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tunduk 4-5, 5-5 kepada Amy Pharaoh and Sian Honnor dalam aksi sengit yang menyaksikan kedua-dua gandingan saling mengejar mata sehingga ke penghujung perlawanan.
Pingat gangsa menjadi milik pasangan Ireland Utara yang menewaskan pencabar mereka dalam penentuan tempat ketiga.
Terdahulu, badang negara, Muhammad Hafizuddin Roslin menghadiahkan kilauan emas keempat menerusi kategori 88 kilogram (kg) angkat berat lelaki sebentar tadi.
Untuk rekod, kontinjen negara telah menghampiri sasaran lima pingat emas, dua perak, dan empat gangsa iaitu keseluruhan sudah membawa pulang empat emas, satu perak, dan dua gangsa setakat ini.










