Pekerja tiada tempat tinggal: Syarikat kondom, sarung tangan getah kena serbu

Pekerja tiada tempat tinggal: Syarikat kondom, sarung tangan getah kena serbu

SEBAHAGIAN pekerja warga asing sebuah syarikat memproses kondom dan sarung tangan getah yang diserbu Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah syarikat menjalankan perniagaan memproses kondom dan sarung tangan getah diserbu selepas dikesan tidak menyediakan rumah untuk kakitangannya.

Serbuan kira-kira pukul 9.30 pagi itu dilakukan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas menerima maklumat syarikat berkenaan juga tidak membayar gaji pekerjanya.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor, Muhammad Rifaee Muhamad Saleh berkata, seramai 20 orang terlibat dalam serbuan berkenaan.

Katanya, antara kesalahan syarikat terbabit yang dikesan adalah gagal membayar gaji kerja lebih masa selain potongan gaji tidak sah. 

“Selain itu dikesan kesalahan kerana tidak membuat perakuan penginapan selain penginapan yang tidak mengikut spesifikasi dari segi keluasan tempat tidur,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, tindakan diambil di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] serta Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. 

“Rakaman percakapan pekerja serta pemilik syarikat diambil untuk siasatan lanjut. Pemilik syarikat boleh dikenakan denda RM50,000 sekiranya didapati bersalah,” katanya.

Selain itu, ujar beliau, antara kesalahan yang dikesan Perkeso adalah di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969  serta Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) kerana syarikat terbabit gagal mencarum untuk beberapa tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya