PETALING JAYA: Budaya habuan dan duit yang dikatakan merosakkan UMNO merupakan amalan lama yang sudah dibersihkan pada masa ini. Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, tidak adil sekiranya hanya UMNO dikatakan terbabit dengan budaya itu, sedangkan parti-parti lain turut tidak terkecuali mengamalkannya. Katanya, ini kerana semua organisasi politik memerlukan duit untuk beroperasi serta menjalankan program masing-masing. “Jangan terlalu pentingkan duit ataupun harta sebab ini boleh merosakkan parti. Parti mana…










