Parlimen: FDI catat 76.5 peratus antara 2018-2021 

Parlimen: FDI catat 76.5 peratus antara 2018-2021 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 76.5 peratus atau RM300.5 bilion daripada keseluruhan nilai pelaburan langsung asing (FDI) yang dilulus dan direalisasi setiap tahun mulai tahun 2018 hingga 2021. 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong berkata, kerajaan meluluskan FDI bernilai RM392.9 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA).

LIEW CHIN TONG

Katanya, sejumlah RM300.5 bilion daripada pelaburan berkenaan berjaya direalisasi daripada jumlah keseluruhan FDI yang diluluskan.  

“Perincian FDI yang direalisasikan antara 2018 hingga 2021 adalah 57.6 peratus bagi 2018, 75.6 peratus (2019), 62.2 peratus (2020) dan 87 peratus (2021). Data rasmi FDI yang diluluskan untuk 2022 hanya dimuktamadkan pada penghujung Mac depan.

“Secara lazimnya, pelaksanaan projek mengambil masa satu hingga dua tahun untuk direalisasikan, bergantung pada skala projek dan keadaan ekonomi semasa. 

“Kerajaan sentiasa komited menggembleng usaha bagi terus menggalakkan pelaburan domestik dan asing dalam negara. Kemasukan FDI berkualiti tinggi adalah penting untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQA) di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) yang bertanya jumlah FDI yang direalisasikan setiap tahun berbanding jumlah pelaburan yang diluluskan MIDA antara 2018 hingga 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN