Op Tropicana: SPRM tidak tolak anggota penguat kuasa terima rasuah

Op Tropicana: SPRM tidak tolak anggota penguat kuasa terima rasuah

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan anggota penguat kuasa menerima rasuah bagi melindungi sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang dibongkar menerusi Op Tropicana.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya percaya ada agensi penguat kuasa tertentu yang  disogok sindiket berkenaan supaya melindungi aktiviti jenayah mereka.

“Ketika serbuan dilakukan tempoh hari, beberapa nama tertentu yang dicatatkan oleh ahli sindiket turut ditemukan dipercayai sebagai individu yang memberi perlindungan kepada mereka,” katanya dalam sidang akhbar Op Tropicana yang turut dihadiri  Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, di sini hari ini.

Menurut Azam,, sindiket itu dianggotai warga asing yang masuk ke negara ini sebagai pelancong justeru, tidak mustahil mereka membayar individu tertentu bagi mendapatkan perlindungan.

Ditanya kenapa operasi berkenaan tidak melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Azam berkata, Jabatan Imigresen (JIM) adalah agensi tepat untuk mengambil kerjasama itu kerana melibatkan warga asing.

“JIM juga mempunyai Pasukan Taktikal Khas Imigresen (Pastak) yang boleh melakukan serbuan, jadi kita anggap penglibatan JIM sebagai satu pakej dari segi perundangan dan operasi. Begitu juga dengan reman, mula-mula akan reman di bawah akta SPRM selama 14 hari, kemudian JIM pula melakukan penahanan selanjutnya jadi kita boleh selesaikan siasatan dengan cepat untuk dituduh di mahkamah,” katanya.

Katanya, siasatan awal juga mendedahkan, dalang sindiket iaitu lelaki berusia lewat 40 an turut disenaraikan sebagai ‘scammer’ di United Kingdom (UK) dan mempunyai rekod jenayah di Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) UK.

Sementara itu, Khairul Dzaimee berkata, seramai 30 warganegara asing dari Britain, Denmark, Canada, Hungry, Sweden, Filipina, Indonesia, dan India serta tiga rakyat Malaysia telah ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati, kesemua warga asing ini melakukan kekerapa keluar masuk ke Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial sejak November tahun lalu.

“Keadaan itu menimbul syak dalam kalangan pegawai imigresen di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum pergerakan mereka dipantau Satu pasukan ‘Task Force’ antara SPRM dan JIM telah dibentuk bagi memantau pergerakan warga asing itu selama tiga bulan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata, SPRM sedang meneliti beberapa itu ketirisan seperti didedahkan  Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 baru-baru ini dan memberi jaminan akan membuka kertas siasatan berhubung ketirisan dan pembaziran dana awam dalam LKAN itu.

Sebelum ini, LKAN 2021 Siri 2 mendedahkan pelbagai isu pembaziran dana awam dan ketirisan dalam pelbagai peringkat termasuk projek kerajaan, kementerian, jabatan dan kerajaan negeri.

Sementara itu, Azam berkata, kertas siasatan kes pembelian saham dan isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

 Media sebelum ini melaporkan, SPRM sudah memulakan siasatan berhubung isu pengambilalihan pengurusan Menara KL, yang didedahkan di media sosial. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya