Nazrey Johani hidap psoriasis

Nazrey Johani hidap psoriasis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi nasyid legenda, Nazrey Johani menghidap masalah kulit psoriasis sehingga menyebabkan dia tidak boleh berada dalam keadaan terlalu sejuk atau panas.

Katanya, keadaan itu menyebabkan banyak jemputan tidak dapat dihadiri sejak mengalami simptom itu hampir 17 tahun lalu.

“Sebetulnya saya masih kurang sihat dan tidak boleh berada terlalu lama dalam kawasan yang mempunyai pendingin hawa.

“Jadi saya cuba tahan sejuk sebab sudah dapat jemputan daripada pihak penganjur dan berusaha menunaikan permintaan mereka,” katanya semasa sidang akhbar Konsert Saujana 25 Tahun di ibu negara, baru-baru ini.

Nazrey antara artis undangan yang akan menyampaikan tiga lagu termasuk duet bersama Saujana semasa konsert yang akan berlangsung di Zepp KL, 5 Mac depan.

Perubahan itu dikesan selepas Nazrey kelihatan sugul dan kurang ceria semasa berada di majlis tersebut.

Mengulas penyakit yang dialami, Nazrey yang pernah bersama Raihan berkata, dia mula menghidap masalah itu sejak berhenti rehat daripada nyanyian sekitar 2006.

Katanya, penyakit kulit itu berpunca daripada pelbagai sebab termasuk ketika dirinya mengalami stres.

“Doktor kata mungkin sebab stres termasuk faktor-faktor lain.

“Ini juga menjadi ujian besar buat saya meneruskan kerja-kerja dakwah dan mencari dana menguruskan madrasah. Kadang-kadang nampak saya pucat sebab masalah ini. Ada masa saya mampu berjumpa orang, ada masa sebaliknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya