Mayat seorang lagi kanak-kanak hanyut ditemukan

Mayat seorang lagi kanak-kanak hanyut ditemukan

NORAZAM KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, dekat sini pada Sabtu lalu akhirnya ditemukan.

Mayat Muhammad Rizqullah Mohd. Shafie, 10, ditemukan kira-kira pukul pada 5.10 petang di sebalik timbunan sampah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mayat mangsa kedua yang hanyut itu ditemukan kira-kira 400 meter, di bawah timbunan sampah.

“Usaha membawa keluar mangsa giat dilakukan,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana dekat sini.

Seorang lagi kanak-kanak, Wan Muhammad Ammar Wan Mohd. Noor Hafizan, 8, ditemukan pukul 6.30 petang semalam pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya