Mana Sophia AlBarakbah?

Mana Sophia AlBarakbah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon yang dikaitkan dengan kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah, Sophia AlBarakbah tidak muncul pada saat akhir, meskipun sudah menyatakan persetujuan untuk hadir pada sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, petang tadi.

Perkara itu hanya dimaklumkan wakil produksi dikenali Farid, beberapa minit sebelum sidang media bermula.

Jelas Farid, ketidakhadiran Sophia disebabkan pertukaran jadual yang terpaksa dilakukan kerana pelakon tersebut akan berangkat ke Jakarta, Indonesia, esok.

“Terlebih dahulu, saya memohon maaf kerana heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah tidak dapat hadir. Ketika ini, Sophia sedang menjalani penggambaran di Subang, Selangor.

“Sophia terpaksa menyelesaikan penggambaran yang masih berbaki kerana kami dimaklumkan, dia akan berangkat ke Jakarta, esok.

“Saya faham perkara ini tidak sepatutnya berlaku, namun babak membabitkan Sophia perlu diteruskan juga demi memastikan kelancaran penggambaran drama ini,” katanya.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan daripada Sophia dan pengurusannya tidak berhasil apabila kedua-dua mereka gagal untuk dihubungi.

Bagaimanapun, Aliff yang juga hero drama berkenaan sudah muncul lebih awal dan tetap bersikap profesional apabila menepati janjinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.