Malaysia teruskan kecemerlangan - Utusan Malaysia

Malaysia teruskan kecemerlangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Malaysia mara ke separuh akhir acara perseorangan lelaki (msin), menfours (mfours,) women triples (Wtri) dan women pairs (wpai) Kejohanan Boling Padang Asia kali Ke-14 2023 di Arena Lawn Bowls Perak, pagi esok.

Izzat Shameer Dzulkeple menepati ramalan meneruskan kemaraan apabila muncul juara kumpulan selepas meraih dua kemenangan pagi dan petang tadi .

Izzat Shameer memulakan jadual pagi dengan menumpas menunduk pemain Sri Lanka, Buwanaka Abysuriya 22-12

Pemain nombor satu Malaysia itu kemudian menutup gelanggang dengan kekalahan 15-21 kepada pemain Singapura Anthony, Loh Kin Sin.

Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan Izzat Shameer selaku juara Kumpulan B.

Anthony juga mara ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan.

Kuartet lelaki  fours (mfour) negeri terdiri daripada Muhammad Hizlee Abdul Rais, Amirul Daniel Abdul Rahim, Muhammad Haiqal Azami dan Mohammad Soufi Rusli layak ke separuh akhir selepas muncul juara Kumpulan H.

Pasangan Siti Zalina Ahmad dan Nur Ain Nabilah Tarmizi seperti dijangka mara dalam acara berpasangan (wpai)

Trio Nurul Alyani Jamil, Syafiqa Haidar Afif dan Azlina Arshad muncul juara Kumpulan Q untuk mara ke separuh akhir acara Triples. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya