Lato-lato bahaya, pantau penjualannya - Utusan Malaysia

Lato-lato bahaya, pantau penjualannya

SALBIAH Mohamed (tengah) beramah mesra dengan penghuni Rumah Seri Kenangan Tàiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Penjualan permainan viral ketika ini iaitu lato-lato perlu dikawal kerana ia mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed berkata, banyak maklumat mengenai bahaya permainan itu yang diterimanya terutama di negara jiran yang mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai maklumat sama ada permainan itu dikilangkan di negara ini atau tidak.

“Sekiranya diimport, apa perlunya permainan ini diberi kebenaran dibawa masuk kerana ia mendatangkan kemudaratan khususnya terhadap kanak-kanak,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Khidmat Masyarakat Sekreteriat Pembangunan Wanita dan Masyarakat negeri dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Belia dan Sukarelawan Perak di Rumah Sri Kenangan Taiping di sini hari ini.

Salbiah menasihatkan ibu bapa supaya mengelak daripada membelikan anak-anak mereka permainan itu.

Katanya, orang ramai mudah tertarik dengan sesuatu jualan yang viral seperti alat permainan tersebut dan cenderung untuk membelinya tanpa mengetahui kesannya.

“Melihatkan kepada bahaya permainan ini, saya meminta agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau penjualannya, sekiranya ia diimport, kebenarannya perlu dikaji,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya