Louis Tomlinson, Zack Malik terus berbalah - Utusan Malaysia

Louis Tomlinson, Zack Malik terus berbalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UNITED KINGDOM: Bekas anggota One Direction, Louis Tomlinson mengesahkan hubungan dingin dengan Zayn Malik berikutan perbalahan yang tercetus enam bulan lalu.

Malah, Tomlinson tidak mengikuti instagram penyanyi itu selepas insiden kekasaran yang mengakibatkan gegaran di bahagian kepalanya, tujuh minggu lalu.

Sumber memaklumkan kejadian berlaku sewaktu dua penyanyi tersebut mengikuti penggambaran their 3 part netflix docuseries.

Malik dilaporkan membuat dakwaan negatif terhadap ibu Tomlinson, Johannah Deakin, yang meninggal dunia akibat leukemia pada 2016.

“Tomlinson terkejut apabila Malik membuat tuduhan berkenaan beliau. Apabila hendak bergerak, Zayn menyerang dengan menumbuknya di bahagian muka.

“Beliau kemudian ditarik dan tomlinson di bawa ke hospital, beliau alami gegaran. Kejadian itu berlaku di hadapan ramai orang,” kata sumber.

Usaha pagesix mendapatkan ulasan kedua pihak tidak berhasil.

Keduanya didapati tidak menghubungi satu sama lain, kata sumber lagi.

Dalam perkembangan lain, Netflix memaklumkan pihaknya telah membekukan dokumentari berkenaan sehingga dimaklumkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN