Laporan Ketua Audit Negara: 2 kes pembaziran bernilai RM825.98 juta

Laporan Ketua Audit Negara: Dua kes pembaziran bernilai RM825.98 juta

NIK Azman Nik Abdul Majid (dua kiri) menunjukkan buku LKAN Tahun 2021 Siri 2 pada sidang media di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semakan audit mendapati berlaku dua kes pembaziran bernilai RM825.98 juta melibatkan pengurusan wabak Covid-19 dan pembangunan Putrajaya yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, kes pembaziran itu melibatkan antaranya berkaitan peralatan ventilator yang dibeli tidak dapat digunakan, penangguhan projek monarel dan depoh bas yang tidak digunakan di Putrajaya.

Kata beliau, terdapat juga satu kes melibatkan pembayaran tidak teratur bernilai RM100,000 iaitu program pengurusan perkhidmatan ambulans dan perkhidmatan udara dilaksanakan sebelum pesanan tempatan.

“Sebanyak tujuh pengauditan prestasi bernilai keseluruhan RM66.862 bilion dilaksanakan melibatkan tujuh kementerian direkodkan menerusi LKAN Tahun 2021 Siri 2.

“Daripada jumlah itu, sebanyak empat pengauditan bernilai RM32.520 bilion melibatkan kategori program atau aktiviti dan dua pengauditan bernilai RM34.342 bilion membabitkan projek.

“Hasil pengauditan dilaksanakan, Jabatan Audit Negara mengemukakan 21 syor diambil tindakan kementrian, jabatan atau agensi antaranya setiap cadangan projek terlebih dahulu dijalankan kajian terperinci sebelum diluluskan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya