Kejadian simbah air panas, makan najis tidak pernah berlaku - Utusan Malaysia

Kejadian simbah air panas, makan najis tidak pernah berlaku

SITI Bainun Ahd Razali hadir bagi perbicaraan dua pertuduhan mengabai dan menganiayai remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - UTUSAN/MOHD. FIRDAUS MOHD JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa kejadian remaja sindrom Down berusia 13 tahun, Bella disimbah air panas, dicili dan dipaksa makan najis sebagaimana keterangan saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood tidak pernah berlaku.

Ini kerana jelas pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, dia tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian dan Bella sendiri serta penghuni lain rumah jagaan itu tidak pernah menyusahkannya.

“Tiada sebab untuk saya buat. Kenapa kena buat semua ni kepada Bella? Bella tidak pernah buat saya susah. Tidak pernah sekalipun.

“Saya tidak perlu buat pada Bella dan bukan pada lain-lain juga malah bukan pada Yasmin juga walaupun dia paling banyak memeningkan kepala saya,” jelasnya ketika pemeriksaan utama oleh peguam belanya, Mohammad Farhan Maaruf.

Mohammad Farhan: Tadi puan kata, semua tuduhan itu tidak berlaku. Apa yang tidak berlaku? 

Siti Bainun: Semua perkara yang Yasmin tuduh saya buat.

Mohammad Farhan: Boleh ceritakan apa tuduhan Yasmin itu?

Siti Bainun: Saya akan cerita apa yang saya ingat. Yasmin telah menuduh saya menyimbah air panas, cili mulut Bella, paksa Bella makan najis dan saya marah-marah Bella. Ini yang tidak pernah berlaku. 

Siti Bainun berkata demikian ketika memberi keterangan bela diri yang memasuki hari ke-6 di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

November tahun lalu, mahkamah memerintah Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down itu selepas pihak pendakwaan berjaya membukti prima facie dalam kes berkenaan.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada ketika ini, perbicaraan masih berjalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya