KDN dalam proses keluarkan kanak-kanak dari depot tahanan

KDN dalam proses keluarkan kanak-kanak dari depot tahanan

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika sidang akhbar selepas Program Sesi Libat Urus Bersama Pengamal Media di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam proses mengeluarkan sejumlah kanak-kanak yang berada dalam tahanan di depot Imigresen pada masa ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mempunyai maklumat lengkap dari segi jumlah dan profil mereka untuk diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khusus bagi penjagaan kanak-kanak.

Pada masa sama, beliau tidak menghalang mana-mana NGO untuk masuk ke depot tahanan bagi melawat kumpulan kanak-kanak itu.

“Saya sudah pun mengenal pasti sejumlah angka kanak-kanak yang berada di depoh tahanan dan perancangan saya untuk mengeluarkan mereka.

“Saya cuba hubungkan mereka ini dengan NGO yang khusus menjaga kebajikan. Jumlahnya subjektif, saya akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Program Sesi Libat Urus Bersama Pengamal Media di sini hari ini.

Saifuddin berkata, pihaknya amat serius dalam menguruskan perkara itu selepas isu berkenaan mendapat perhatian aktivis hak asasi manusia dan badan antarabangsa.

Beliau juga berkongsi sikap perikemanusiaan serta kebajikan yang ditunjukkan Malaysia dalam menyelamatkan dan menghantar pulang melibatkan seorang kanak-kanak dari Bangladesh yang masuk dalam kontena kapal dan ditemukan di pelabuhan serta diselamatkan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Klang dan diberikan rawatan kesihatannya sebelum kita dapat menghubungi Kedutaan Bangladesh untuk menyiapkan dokumen perjalanan dia.

“Pada minggu depan kita akan menguruskan tiket penerbangan pulang untuk kanak-kanak itu dan menghantar dia balik ke negara asal. Perkara ini juga dimaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri Bangladesh semasa lawatan kerja saya ke negara tersebut,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.