KDMRS Muslim perlu dana RM4 juta cetak terjemahan al-Quran

KDMRS Muslim perlu dana RM4 juta cetak terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik

NICHOLAS Sylvester menunjukkan terjemahan al-Quran dalam bahasa Dusun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Malaysia (KDMRS Muslim) mengambil inisiatif untuk mengumpulkan dana kira-kira RM4 juta bagi membiayai kos penerbitan terjemahan al-Quran dalam empat bahasa etnik di Sabah.

Pengerusi, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester berkata, penerbitan terjemahan dalam empat bahasa etnik iaitu Kadazan, Murut, Rungus dan Sungai itu memerlukan kos berjumlah RM4 juta.

Beliau berkata, sebelum ini, pertubuhan itu telah mencetak 20,000 naskhah al-Quran dengan terjemahan bahasa Dusun.

“Inisiatif menyediakan terjemahan al-Quran dalam bahasa Dusun itu dilakukan pada Januari 2019 dan siap sepenuhnya pada tahun lalu.

“Naskah al-Quran ini telah diedarkan di surau, masjid, perpustakaan awam dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah.

“Terjemahan itu telah disemak dan diluluskan oleh panel khas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, terjemahan dalam bahasa etnik itu perlu kerana 22 peratus daripada 869,000 orang kaum Dusun di Sabah adalah muslim.

Justeru, KDMRS Muslim juga dalam perancangan menyediakan al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa Kadazan, Rungus, Murut dan Sungai.

Maka, mereka memerlukan sumbangan dana yang besar bagi menjayakan usaha menerbitkan terjemahan dalam empat bahasa etnik tersebut.

“Kami juga akan menerbitkan kitab Tafsir Ibnu Kathir dengan terjemahan bahasa Dusun yang memerlukan kos lebih RM1 juta.

“Pada masa sama, pertubuhan itu juga sedang giat melaksanakan pelbagai program bagi membina persefahaman serta hubungan baik antara masyarakat KDMRS,” katanya.

Individu dan institusi yang mahu menyokong inisiatif ini boleh menyalurkan sumbangan kepada KDMRS Muslim menerusi akaun Bank Islam 1005 2010 1170 95.

Maka, beliau mengalu-alukan sumbangan individu mahupun insitusi bagi membantu membiayai kos penterjemahan tersebut.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya